Monday, May 2, 2011

DuLu...Kini...&...Selamanya......

Teringat ketika aku sewaktu kecil dahulu aku selalu dibelai dan dimanjakan oleh kedua ibu bapa aku.....ketawa dan telatah aku ketika itu membuat kan mereka berdua gembira bersama...aku masih ingat ketika aku berumur 4 tahun bermain basikal diluar rumah sehingga aku jatuh dari basikal tangan dan lutut aku berdarah ibu bapa aku terus  bergegas membawa aku ke klinik untuk diubati luka aku ketika itu...bertapa sayang nya mereka kepada aku.....hari demi hari sewaktu zaman mula-mula aku memasuki alam persekolahan macam-macam gelagat dan telatah aku biasalah zaman-zaman nakal dulu kan sampai pening ibu bapa aku ketika itu hehe...setiap perjalanan hidup aku aku sentiasa memikirkan tentang mereka bertapa susahnya mereka berkerja keras untuk aku menyekolahkan kesemua anak-anaknya....dalam keseyuman mereka pasti disebaliknya ada kesedihannya cuma mereka je yang tak mahu beritahu bagi mereka dia cuma mahukan anak-anaknya berjaya dalam hidup itu yang mebuatkan mereka sangat gembira...penat lelah mereka dalam membesarkan aku dan adik-beradik yang lain mengajar aku ingin berjaya dan ingin membalas segala jasa dan pengorbanan mereka....bagi aku ibu bapa aku adalah wira aku dan wira kita semua.........;)

  Kini aku telah meningkat dewasa faktor umur yang semakin meningkat makin mematangkan diri aku dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini setiap perjalanan hidup aku aku mahu sentiasa direstui oleh kedua ibu bapa aku dan aku percaya aku mampu berjaya dengan dorongan mereka berdua....penat lelah mereka selama ini dalam membesarkan anak-anaknya kini telah membuahkan hasil dan tidak sia-sia kerana mereka telah melihat anak-anak mereka sudah berjaya dalam kehidupannya sendiri dan aku sebagai anaknya tidak mahu mempersiakan mereka sesungguhnya mereka bagaikan nyawa aku sendiri jika mereka tiada maka lelaplah kehidupan aku....segala titik peluh ibu bapa aku dahulu kini aku mahu membalasnya walaupun mereka tidak mahu apa-apa balasan dari aku tapi aku mahu mereka merasai apa yang telah mereka korban kan pada aku dahulu....melihat anaknya kian membesar kini dipersoalkan pula tentang jodoh tersenyum dan tersipu aku dibuatnya aku cuma mahu melihat mereka bahagia kalau mereka mahu kan pasti aku akan tunaikan insyaallah ajal,maut,jodoh pertemuan pasti akan datang apa pun yang paling penting  aku cuma mahukan ibu bapa aku gembira sentiasa....;)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.