Sunday, September 25, 2011

...Kaseh Yang Tercipta...

My Luvly
Hari pertama aku menjejakkan kaki ditempat kerja aku rasa amat gembira kerna aku akan menjalani satu perubahan baru yang tidak pernah ku alami sebelum ini...Setibanya aku disana aku melihat susana sangat seronok dan selesa melihat keaadaan sekelilingku dan juga pekerja-pekerjanya membuat kan aku bertambah semangat untuk ingin bekerja...Sudah hampir seminggu aku bekerja disana aku terlihat seorang gadis yang sangat ramah aku dari sudut kecilku berkata aku ingin mengenalinya dangan lebih dekat kerna ketika itu aku masih berstatuskan "single" dan mahu mencari seorang gadis yang boleh menjaga dan menyayangiku selalu...Sedar tak sedar aku kian selesa bersamanya melihat ketawa dan senyumannya membuatkan aku turut merasai kegembiraan yang dirasainya dan tiba masanya untuk aku meluahkan apa yang terbuku dihati aku ini...Lalu aku membuat keputusan untuk berjumpanya diluar kerana aku mahu dia tahu apa yang terbuku dihati aku ini sekurang-kurangnya aku rasa lega walaupun apa jua keputusan yang bakal aku terima selepas itu...Aku meluahkan perasaan aku kepadanya bagai termimpi kerna dia jua merasai perasaan yang sama dan ketika itu aku merasakan bertapa gembiranya diri aku yang teramat sangat...Hubungan aku terjalin dengan baik direstui oleh kedua ibu bapa nya dan kedua ibu bapa ku jua itu cukup membuat diri aku bertambah-tambah gembira...Kini aku berkerja keras untuk memilikinya kerna aku mahukan hubungan dengan nya terjalin dengan baik dan diredhai insyallah aku percaya kalau kita buat semua perkara dengan ikhlas kita akan dapat hasilnya yang setimpal...Aku hanya mengharapkan agar hubungan aku dan dia sampai ke jinjang pelamin insyallah...Created:25/09/2011

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.